Alhamdulillah, dalam dunia ini, tidak akan pernah ada hamba yang sempurna, yang ada cuma niat yang sempurna. Di setiap hati, pasti ada rasa untuk berubah menjadi baik.
"Kalau kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama kita". Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, pilihan Allah pilihan terbaik. InsyaAllah untuk menyempurnakan niat hamba, bergaullah dengan mereka yang boleh membawa hamba ke jalan yang di redhai Allah, berkawanlah dengan mereka yang boleh mengheret hamba berbuat kebaikkan agar sama-sama merasai nikmat syurga nanti, bersahabatlah dengan mereka yang boleh menghulurkan tali tika hamba tergelincir di lembah kehinaan, bertemanlah dengan mereka yang merindui Allah. Kata orang "teman itu umpama cermin bagi diri kita".
Kita sama-sama mohon agar Allah tetapkan iman kita, mohon pada Tuhan agar tidak pesongkan hati kita, minta pada Tuhan agar di dekatkan kita pada mereka yang sentiasa hatinya ada Tuhan, kita minta pada Tuhan di titipkan rasa sabar dalam mencari bahagia, kita minta pada Tuhan nak masuk syurga sama-sama, biar kita berteman sampai syurga.
No comments:
Post a Comment