Pages

Powered By Blogger

Sunday, 23 September 2012

jadi pemaaf


Sebelum tidur cuba memaafkan orang lain, lupakanlah satu kesalahan dia terhadap kita dan ingatlah seribu kebaikan dia terhadap kita. Jangan lama berdendam, nanti hati tak tenang. :)

pilihan Allah pilihan terbaik


"dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia 

baik bagi mu dan boleh jadi kamu menyukai

sesuatu padahal ia buruk bagi mu dan ingatlah

Allah mengetahui semua itu, sedangkan kamu tidak

mengetahui"



Manusia sering kali keliru dalam mencari bahagia.
Kadang-kala tiap apa yang hamba hajati tidak pernah di perolehi,  bukan  kerana Allah tidak memberi, tapi Allah lebih mengerti apa untuk hamba itu lebih pasti.

"kalau kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama kita"




Alhamdulillah, dalam dunia ini, tidak akan pernah ada hamba yang sempurna, yang ada cuma niat yang sempurna. Di setiap hati, pasti ada rasa untuk berubah menjadi baik. 

"Kalau kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama kita". Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, pilihan Allah pilihan terbaik. InsyaAllah untuk menyempurnakan niat hamba, bergaullah dengan mereka yang boleh membawa hamba ke jalan yang di redhai Allah, berkawanlah dengan mereka yang boleh mengheret hamba berbuat kebaikkan agar sama-sama merasai nikmat syurga nanti, bersahabatlah dengan mereka yang boleh menghulurkan tali tika hamba tergelincir di lembah kehinaan, bertemanlah dengan mereka yang merindui Allah. Kata orang "teman itu umpama cermin bagi diri kita".

Kita sama-sama mohon agar Allah tetapkan iman kita, mohon pada Tuhan agar tidak pesongkan hati kita, minta pada Tuhan agar di dekatkan kita pada mereka yang sentiasa hatinya ada Tuhan, kita minta pada Tuhan di titipkan rasa sabar dalam mencari bahagia, kita minta pada Tuhan nak masuk syurga sama-sama, biar kita berteman sampai syurga.


Saturday, 22 September 2012

malulah pada Tuhan

Ramai orang selalu beranggapan bahawa kebahagian itu hadir dalam bentuk kewangan, perasaan cinta yang membuak-buak, mewahnya kehidupan serta pangkat yang membanggakan. Kadang tanpa hamba sedar bahawa dari mana semua itu hamba perolehi. Cuba kita ambil sedikit ruang, sambil menikmati keindahan Tuhan, fikir sejenak, tenung dalam hati, muhasabah diri, fikirkan dari mana nikmat kebahagiaan itu kita kecapi. 
Segala apa yang telah terjadi dan belum pernah terjadi semua dengan kehendakNya.
Ada di kalangan hamba, bersedih, meratap, meraung, berduka, rasa sengsara, sampai pada satu ketika, fikir bahawa sudah tiada jalan keluar untuk semua itu. Kadang-kala ada yang berputus asa. Renungkan, siapa yang bagi kita sedih? Kehendak Tuhan! Allah bagi kita sedih seketika, Allah gerakkan hati yang lalai untuk kembalikan padaNya. Allah itu Maha Penyayang. Kasih SayangNya itu lebih hebat, CintaNya lebih kuat. 
Merataplah hamba, menangislah hati, balik pada yang Esa, segala kesulitan ada kemudahan.
Ini selalu terjadi "apabila sedih, menangis tak habis-habis, tika itu doa tak henti-henti, bila semua doa terjawab, kita lupa pada Dia yang tetap memberi, hanya kerna doa". Malulah pada Tuhan. Hamba selalu meminta, tapi dengan rasa Cinta, Allah memberi apa saja.



Friday, 21 September 2012

belajar dari matahari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerna limpah kurniaNya izinkan hamba untuk terus bernafas agar teruskan hidup ini untuk mendambarkan diri hamba kepada ya Rabb di samping memberi sesuatu yang di redhaiNya kepada insan lain yang memerlukan, alhamdulillah kerna masih di beri kecerdasan minda,kekuatan daya upaya, masih ada kesempatan yang di berikan walaupun kadang-kala ada rasa terhimpit di ruang waktu yang kian singkat ini. 
Pagi ini, matahari terus bersinar, menyinari segenap ruang kegelapan. Memberi cahayanya kepada khalifah bumi yang kadang-kala asyik di buai mimpi indahnya dunia, ada yang masih tersesat dalam mencari erti hidup, ada yang masih tercari-cari jalan keluar untuk ke pangkal jalan.  Walau apa pun terjadi, matahari tetap tersenyum melihat tingkah kita, dengan izin Tuhan dia tetap bersinar. Kadang-kala hamba lupa untuk bersyukur pada Tuhan yang pinjamkan matahari untuk terangi hari-hari yang kian mendatang. Andai di takdirkan satu hari nanti matahari tak muncul tiba, gelaplah hari hamba, betapa gelisahnya hati, berlari entah kemana. Tika itu barulah sedar, menyegerakan diri, memujuk hati, minta pada Illahi kembalikan matahari agar teguh berdiri. Ini selalu terjadi "apabila ada, tidak kita peduli,bila sudah tiada,baru mencari". Apa-apa pun terjadi, dengan masa yang masih ada, terdetiklah dalam hati, ingatlah pada Tuhan yang tetap memberi. Bersyukurlah duhai hati.

Jadi seperti matahari peduli orang kata tetap bercahaya untuk semua. Kita memerlukan antara satu sama lain bagi melengkapi kitaran hidup. Buat baik orang mengata, buat jahat orang menghina, jadi buat apa yang kita rasa, itu lebih membahagiakan selagi redha Tuhan itu ada. InsyaAllah, jika baik niat kita, Tuhan selalu membantu.
Capailah tangan mu tatkala ada yang meminta. Sambutlah tangan mereka yang menghulur. Bantulah mereka yang menderita, kadang-kala kita terasa ada yang lebih dalam hidup kita, berkongsilah pada mereka yang lebih memerlukan. Pujuklah sahabat kita yang bersedih. Jadi matahari untuk dia.